
Percaya atau tidak, sejak kebelakangan ini terlalu banyak laman web bomoh yang dihasilkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dengan niat untuk memeras ugut mangsa yang terpedaya dengan tipu daya mereka. Kebanyakan laman web ini datangnya dari negara jiran yang menyasarkan masyarakat di negara ini. Itulah kenyataan yang dibuat oleh Pak Su, seorang pengamal perubatan tradisional yang telah lama berkecimpung di dalam bidang ini.
Menurut Pak Su, ramai yang telah menghubungi dan berjumpa dengannya setelah menjadi mangsa penipuan ‘bomoh scam’. Ada yang hanya mengalamai kerugian wang ringgit dan ada juga yang mengalami pengalaman buruk lebih daripada itu.
“Modus operandi mereka biasanya sama sahaja walaupun laman web yang digunakan berbeza-beza. Kalau betul-betul kita baca isi kandungan laman web tersebut, kita boleh tahu ianya bukan dihasilkan oleh mereka di negara ini. Lenggok bahasanya sahaja sudah berbeza.
“Namun apa yang menjadikan mangsa mudah terpedaya ialah kaedah rawatan yang mudah iaitu menggunakan ‘teknik jarak jauh’. Maksudnya, pelanggan tidak perlu datang berjumpa mereka. Lagilah senang mereka nak menipu!”
Teknik Penipuan ‘Bomoh Scam’
● Menggunakan laman sesawang (website) tanpa paparan gambar sebenar perawat. Hanya menggunakan gambar hiasan.
● Menarik pelanggan dengan teknik rawatan jarak jauh yang mudah dan murah.
● Meminta bermacam-macam maklumat peribadi mangsa termasuklah nombor telefon orang yang ingin dibomohkan kononnya untuk memudahkan rawatan.
● Meminta bayaran tambahan tidak masuk akal dari mangsa kononnya mereka sudah mengorbankan kambing, lembu atau lain-lain bagi tujuan rawatan.
● Memeras ugut mangsa sekiranya tidak membuat bayaran dengan pelbagai kaedah terutamanya menggunakan maklumat peribadi yang dibekalkan mangsa.
“Kedua, mereka mengenakan kos rawatan yang terlalu murah sehingga tidak masuk akal. Bila pelanggan merasakan mereka mampu dengan jumlah itu, mereka akan terus bersetuju untuk mendapatkan ‘rawatan jarak jauh’ ini.
“Setelah berjaya menarik mangsa, mereka akan meminta semua maklumat peribadi seperi nama penuh pelanggan, nama penuh orang yang ingin dibomohkan, nombor telefon orang yang ingin dibomohkan, alamat rumah, alamat tempat kerja dan lain-lain kononnya untuk melancarkan proses perbomohan.
“Selepas mendapat semua maklumat peribadi tersebut, ‘bomoh scam’ ini akan mula meminta bayaran tinggi bermula dari empat angka hinggalah ke lima enam angka. Ya, sampai ratusan ribu ringgit pun ada. Bayaran ini diminta kononnya mereka telah membuat korban kambing, atau lembu atau lain-lain lagi.
“Mangsa sudah tentu terkejut sebab awalnya jumlah rawatan dikatakan hanya beberapa puluh atau beberapa ratus ringgit sahaja dan tidak bersetuju untuk membayar. Di sinilah proses peras ugut bermula.
“‘Bomoh scam’ ini akan mengugut untuk menyebarkan maklumat tentang mangsa yang menggunakan khidmat perbomohan mereka kepada orang yang hendak dituju. Contohnya, jika isteri yang buat, dia ugut akan bocorkan perkara itu kepada si suami. Jadi, secara terpaksa, mereka membuat bayaran seperti diminta. Tetapi proses peras ugut tidak terhenti setakat itu sahaja kerana mereka akan meminta lagi bayaran lain kerana yakin mangsa sudah ketakutan,” jelas beliau.
Menurut Pak Su lagi, ada juga mangsa yang mengalami tekanan perasaan kerana perbuatannya meminta khidmat bomoh dikongsikan ke ‘Whatsapp Group’ kejiranan tempat mereka tinggal selepas tidak membuat bayaran seperti diminta.
“‘Bomoh scam’ ini kongsikan kepada ‘Whatsapp Group’ kejiranan, gambar mangsa dan suaminya, dengan mengatakan, ‘Orang ini mahu saya bomohkan suaminya, tetapi selepas rawatan dibuat, tak mahu bayar.
“Bayangkan betapa malunya mangsa. Malah disebabkan ini juga hubungan mangsa dan suami menjadi lebih buruk.”
Jelas Pak Su lagi, laman web seperti ini dahulunya cuma ada satu dan akan diganti dengan yang lain setelah mereka disekat. Tetapi kini, jumlahnya semakin banyak dan mula menguasai iklan-iklan sehingga menutup laman-laman web yang menyediakan rawatan sebenar.
Sebelum ini, pada tahun 2021, Pak Su telah memberikan peringatan tentang mereka di laman web ini yang bertajuk ‘Hati-Hati Dengan Bomoh Palsu!‘ Tetapi masih ramai yang terpedaya.
“Sekali lagi Pak Su nak ingatkan, kalau betul-betul mahu mendapatkan rawatan dan mengelakkan ditipu, seeloknya jumpa secara bersemuka. Jangan terlalu mudah percaya dan menjadi mangsa penipuan hanya disebabkan inginkan jalan penyelesaian yang mudah,” kata Pak Su lagi.
Sehingga hari ini, Pak Su mengatakan beliau tidak pernah menyediakan perkhidmatan secara jarak jauh. Semuanya dilakukan secara bersemuka. Selain memberikan keyakinan kepada pelanggannya, beliau kekal dengan rawatan bersemuka kerana tidak mahu ada pihak yang mengambil kesempatan dengan menggunakan namanya.
“Dari awal dulu sehingga sekarang, Pak Su masih boleh dihubungi dengan menggunakan nombor telefon yang sama. Kenapa perlu tukar-tukar nombor telefon kalau kita tiada masalah dengan pelanggan? Nombor yang dipaparkan dalam akhbar dan majalah sejak puluhan tahun dulu masih sama dan itulah nombor yang Pak Su gunakan untuk pelanggan menghubungi Pak Su,” katanya lagi.
Bagi mereka yang baru mengenali Pak Su, beliau merupakan seorang pengamal perubatan tradisional yang telah menyediakan khidmat rawatan sejak puluhan tahun dahulu. Antara perkhidmatan dan rawatan yang disediakan adalah gangguan makhluk halus, buang saka atau jin, kerasukan, minyak pengasih, masalah rumah tangga, terkena ilmu hitam, santau dan lain-lain. Pak Su boleh dihubungi di talian: 019-2497455 atau 016-3192415.