Kayu Pasung Hantu

DSC_4712
Kayu Pasung Hantu

 

Mungkin ramai yang tidak pernah mendengar atau mengetahui tentang Kayu Pasung Hantu. Ianya merupakan suatu kaedah yang banyak digunakan oleh Orang Asli sebagai tangkal untuk menghalau hantu.

Kayu Pasung Hantu mungkin kelihatan biasa, tetapi hanya mereka yang memiliki pengetahuan tentangnya boleh mencari kayu ini. Adakalanya ditentukan oleh nasib.

Bagi sebilangan masyarakat Orang Asli, mereka akan menggantung kayu ini bagi mengelakkan hantu memasuki rumah.

Sebagai orang Islam, kita mengamalkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Tetapi masih ada yang mengamalkannya sebagai petua.

Bagi pengamal perubatan tradisional, Kayu Pasung Hantu memiliki pelbagai kelebihan. Salah satu daripadanya adalah merawat mereka yang terkena gangguan makhluk halus. Kita boleh menyeru makhluk halus keluar dari tubuh mangsa.

Selain itu, ia juga memiliki pelbagai kelebihan lain.

 

DSC_4709
“Kayu ini hanya boleh ditemui oleh mereka yang arif,” Pak Su.
DSC_4705
“Kayu ini ada banyak kegunaan untuk kes melibatkan makhluk halus,” Pak Su.