Siapa Pak Su

Pak SU

Tentunya ramai yang ingin tahu tentang Pak Su. Hanya mereka yang terdekat atau yang pernah mendapatkan rawatan daripada beliau sahaja tahu serba sedikit tentang dirinya.

Beliau merupakan seorang pengamal perubatan tradisional yang telah merantau ke segenap pelusuk dunia bagi mempelajari ilmu-ilmu kebatinan dan rawatan tradisional. Namun beliau banyak menghabiskan masa mudanya menuntut di Indonesia, Thailand dan Kemboja bagi menguasai pelbagai ilmu yang unik dan hebat.

Berbeza dengan kebanyakan pengamal perubatan tradisional yang lain, kaedah rawatan Pak Su tidak terhad kepada satu-satu cara sahaja. Justeru itu, kebanyakan pesakit yang datang, sama ada masalah kecil atau besar, akan dibantu sehingga selesai.

Sehingga hari ini, beliau masih aktif melakukan ritual di negara ini dan di negara seberang bagi memastikan keampuhan ilmunya terus terjaga.