MINYAK SENYONYONG PAK SU

Cairkan hati dan tambat cinta si dia

minyak banyak 2
Antara minyak pengasih handalan Pak Su

Terikut-ikut dengan perangai buruk rakan baik, seorang lelaki akhirnya menjadi mangsa penangan minyak dagu oleh seorang gadis pelacur Thailand. Semuanya bermula selepas Zarif (nama sebenar dirahsiakan), mengikuti rakannya untuk berseronok di Siam, Thailand.
Meskipun menetap di sempadan, Zarif jarang sekali berkunjung ke Siam, apatah lagi melanggan pelacur. Namun selepas beberapa kali dihasut, dia akhirnya tewas dan cuba melanggan pelacur buat pertama kalinya.
Isterinya, Nora (bukan nama sebenar), memang mempercayai suaminya seratus peratus. Atas kepercayaan itulah dia tidak kisah jika suaminya ingin ke mana-mana sahaja. Tetapi ternyata dia silap.
Sebaik pulang dari Siam, suaminya berubah secara drastik. Dia tidak lagi mahu bersama dengannya dan kerap kali memasuki sempadan.
Dari sehari ke sehari, sikap suami menjadi semakin buruk. Akhirnya mimpi ngeri Nora terjadi juga, Zarif tidak lagi pulang pada kali kelima dia pergi ke Siam.
Nora mengetahui suaminya pergi ke sana kerana seorang pelacur. Tetapi dia tidak percaya suaminya sanggup meninggalkan keluarga semata-mata kerana seorang perempuan lain, lebih-lebih lagi seorang pelacur.
Dia akhirnya meminta bantuan seorang pengamal perubatan, Pak Su, bagi menyelesaikan masalahnya.
“Lelaki itu sebenarnya telah terkena penangan minyak dagu. Minyak dagu memang merupakan minyak pengasih yang sangat hebat dan mereka yang terkena sukar untuk diubati jika tidak kena dengan caranya. Hanya mereka yang arif sahaja tahu caranya,” terang Pak Su.
Setelah diberikan segala maklumat yang dikehendaki, Pak Su telah merawat suami wanita itu dan membuang segala kesan buruk minyak dagu melalui kaedah batin dari dalam air secara jarak jauh. Kemudian beliau memberikan minyak senyonyong kepada Nora untuk dicalitkan kepada suaminya itu.
“Mereka akhirnya dapat bersatu semula sebagai suami isteri. Sehingga hari ini, tidak lagi kedengaran sebarang masalah dalam hubungan mereka,” katanya.
Menurut Pak Su, minyak senyonyong yang dihasilkannya terdiri dari minyak kelapa hijau, minyak kelapa sulung, minyak gajah turun minyak dan banyak lagi. Ia sangat berkesan untuk mencairkan semula hati yang telah benci dan menambat cinta pasangan.
Selain minyak senyonyong, Pak Su turut menyediakan perkhidmatan lain seperti membuang saka, mandi bunga, menaikkan seri wajah, masalah rumah tangga, sihir, ilmu hitam, santau, dan lain-lain lagi.
Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan rawatan atau sebarang pertanyaan, sila hubungi beliau di talian: 019-2497455 dan 0163192415.

Pasangan Bermasalah @ Bermasalah Dengan Pasangan?

“Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri…”

Sepertimana petikan lirik lagu Allahyarham Tan Sri P Ramlee, memang begitulah lumrah berumah tangga. Kadangkala, kita bergelak ketawa bersama. Adakalanya bermasam muka.

Namun begitu, masalah yang kecil pun boleh melarat sehingga bercerai, inikan pula masalah besar seperti berlaku curang, masalah pihak ketiga dan seumpamanya.

Bagi masalah-masalah yang melibatkan pasangan, sebenarnya ada pelbagai penyelesaian dari sudut tradisional. Namun begitu, ada yang terus mengambil inisiatif sendiri contohnya menggunakan minyak pengasih atau lain-lain.

 

Bukannya minyak pengasih tidak boleh menyelesaikan masalah rumah tangga, tetapi jika sesuatu masalah itu diberikan penyelesaian dengan kaedah yang lebih sesuai, ia akan menjadi lebih mudah dan pantas.

Jadi, sekiranya anda mempunyai masalah dengan pasangan, seeloknya jelaskan secara lebih terperinci dan Pak Su akan berikan penyelesaian yang lebih sesuai.

Ingat, kita cuma berusaha tetapi Allah jua yang menentukan. Tetapi pastikan usaha itu dibuat dengan bersungguh-sungguh. InsyaAllah hasilnya lebih baik.

 

Sekiranya anda menghadapi masalah dengan pasangan, InsyaAllah Pak Su boleh membantu. Hubungi Pak Su di talian:

TEL: 019-2497455 atau 0163192415.

Pak Su Dalam Rancangan Expose Mistik Astro – Full Video

Beberapa tahun lepas, Pak Su telah mendapat liputan untuk rancangan Expose Mistik siaran Astro.

Agak lama juga mendapatkan rakaman bagi rancangan ini sehingga ia disiarkan semula oleh Astro baru-baru ini dan ada pihak yang merakamnya menggunakan telefon bimbit untuk Pak Su.

Secara ringkasnya, rancangan ini mengupas tentang kerasukan iblis ke atas seorang pesakit sehingga ia mampu berdialog dengan Pak Su.

Saksikan rakaman berikut yang telah dibahagikan dalam 3 bahagian.

 

Bahagian 1 dari 3

 

Bahagian 2 dari 3

 

Bahagian 3 dari 3

Anda menghadapi masalah gangguan makhluk halus? InsyaAllah Pak Su boleh membantu. Hubungi beliau di talian:

TEL: 019-2497455 atau 0163192415.

Rawatan Membuang Saka

Menurut Pak Su, saka terbahagi kepada dua jenis iaitu saka yang diperolehi daripada keturunan atau saka yang dihantar oleh orang lain.

Saka juga boleh terdiri daripada makhluk-makhluk halus seperti hantu raya, pelesit, penanggal, pocong, anak krok dan lain-lain lagi.

Mengenai rawatan membuangnya pula, Pak Su memberitahu bahawa ia bukanlah mudah seperti anggapan pesakit. Rawatan sehingga pesakit pulih sepenuhnya boleh mengambil masa sehingga tiga bulan atau lebih bergantung kepada tahap masalahnya.

Rawatan membuang saka:
Membuat pagar untuk pesakit.
Membuat pendinding.
Pindah saka semasa bulan mengambang.
Mandi bunga bagi memulihkan semangat.

“Membuang saka bukanlah perkara yang mudah. Disebabkan itu, ramai bomoh atau pengamal perubatan tradisional lain tidak mampu melakukannya. Masalah yang selalu dihadapi adalah mereka tidak mampu menundukkan saka tersebut, ilmu tidak cukup tinggi dan tidak tahu cara memindahkan saka itu,” jelas beliau.

Sebarang pertanyaan atau membuat temujanji, sila hubungi Pak Su di talian:

019-2497455

atau

016-3192415

Minyak Pengasih Untuk Cinta, Bisnes Dan Lain-Lain

Ramai yang beranggapan minyak pengasih hanya digunakan untuk mendapatkan cinta seseorang. Namun menurut Pak Su yang sudah berpengalaman puluhan tahun di dalam bidang rawatan tradisional, minyak pengasih memiliki pelbagai kehebatan selain membuatkan seseorang jatuh cinta. Mereka yang mahu menyelamatkan rumah tangga, berhadapan dengan orang ramai dan berpidato turut digalakkan menggunakan minyak pengasih.

Katanya, paling jarang digunakan adalah untuk bisnes. Sebenarnya minyak pengasih memiliki pelbagai kelebihan untuk ahli perniagaan, pemimpin, artis dan tokoh politik. Terdapat minyak pengasih yang mampu memberi kesan kepada orang ramai, berbanding individu.

Sepanjang berkecimpung dalam bidang ini, Pak Su sering berhadapan dengan pelanggan yang teragak-agak untuk menyampaikan hajat sebenar. Beliau lebih suka jika pelanggan berterus-terang agar mudah baginya untuk memberikan perkhidmatan terbaik.
Menerangkan lebih lanjut tentang minyak pengasih, Pak Su memberitahu sebenarnya memang banyak jenis-jenisnya. Tetapi yang paling popular mengikut kehebatannya adalah:

  • Minyak Gajah Turun Minyak.
  • Minyak Cenuai – Minyak Cenuai Emas, Minyak Cenuai Perak, Minyak Cenuai Rambut.
  • Minyak Kelapa Hijau.
  • Minyak Punggal.

 

Sebarang pertanyaan atau membuat temujanji, sila hubungi Pak Su di talian:

019-2497455

atau

016-3192415

 

minyak banyak 2

DSC_2963

DSC_2957

DSC_2958