Baru-baru ini, Pak Su telah menunjukkan beberapa bilah keris yang ada dalam simpanan koleksinya. Namun kali ini, beliau hanya ingin menyentuh tentang sejarah dan kehebatan keris yang dikenali sebagai Keris Brojoguno. Bukan itu sahaja, beliau juga turut memiliki tombak dengan empu yang serupa.

Apa istimewanya Keris Brojoguno ini?

“Keris Brojoguno ini merupakan keris yang sangat digilai oleh pengumpul keris kerana ia merupakan salah satu keris terbaik pembuatannya. Malah, disebabkan oleh logamnya yang keras dan matanya yang tajam, keris ini dikatakan sangat mudah untuk menembusi logam lain jika ditusukkan.

“Antara demo yang sering ditunjukkan ialah menusukkan mata keris ini ke menembusi duit syiling,” jelas Pak Su.

 

Keris Brojo Guno Pak Su 2

“Keris Brojoguno ditempa melalui logam yang keras melalui tempaan empu Brojoguno,” PAK SU.

Keris Brojoguno ini dipercayai berasal dari zaman pemerintahan Pakubuwono II hingga Pakubuwono IV. Ia diciptakan oleh empu yang bernama Brojoguno. “Brojo” membawa maksud besi, manakala “Guno” membawa maksud berguna. Jika digabungkan, ia bermaksud besi yang berguna dan memberi manfaat kepada umat manusia.

“Sejak awal penciptaannya, keris ini digunakan dalam peperangan atau untuk melawan musuh. Namun begitu, namanya mula dikenali selepas seorang ‘pangeran’ (pembesar) di kalangan istana Solo telah berjaya menusukkan kerisnya menembusi baju perisai seorang pegawai tinggi Belanda,” jelas beliau.

Berbeza dengan keris yang biasa ditemui pada zaman itu, Keris Brojoguno biasanya memiliki saiz yang lebih panjang dengan bentuk yang lurus tanpa luk. Jarang sekali ditemukan Keris Brojoguno dengan luk.

Tombak Brojo Guno Pak Su Closeup

Mata keris dan tombak hasil tempaan Brojoguno sangat tajam dan boleh menembusi perisai tentera Belanda.

“Ada juga beberapa keistimewaan mistik yang dikaitkan dengan keris ini, tetapi bagi Pak Su, cukuplah sekadar meminati sejarah dan seni pembuatannya sahaja. Tidak lebih dari itu,” katanya lagi.

Selain keris, Pak Su turut memiliki tombak dengan empu Berojoguno. Ia menjadi antara senjata kesayangan dalam koleksinya.

Sehingga hari ini, Pak Su masih lagi berkecimpung di dalam bidang rawatan tradisional, khususnya merawat masalah-masalah berhubung-kait dengan gangguan makhluk halus, saka dan seumpamanya. Beliau juga turut menyediakan minyak pengasih, rawatan untuk masalah berkaitan rumah tangga dan lain-lain lagi.

Keris Brojo Guno Pak Su 1
Tombak Brojo Guno Pak Su 1
Tombak Brojo Guno Pak Su 2

Bagi mereka yang ingin mendapatkan rawatan dari Pak Su bolehlah menghubungi talian di bawah untuk keterangan lanjut. Bagi memudahkan urusan, Pak Su meminta agar beliau dihubungi melalui panggilan telefon berbanding penggunaan Whatsapp.

Beliau boleh dihubungi di talian:

019-2497455 dan 0163192415.

MAKLUMAN!

Sekiranya anda benar-benar serius memerlukan khidmat Pak Su, sila terus menghubungi talian telefon bimbit.

Sebarang pertanyaan yang dibuat melalui SMS atau Whatsapp akan dianggap kurang serius dan mengambil masa agak lewat untuk dijawab:

Hubungi Pak Su di talian:

019-2497455 

atau

016-3192415