Buang Susuk – Perkongsian Pak Su

Susuk yang telah tertanam sejak sekian lama di dalam badan bukannya senang untuk dikeluarkan. Ramai yang memcari cara untuk membuang susuk dari badan, tetapi tidak berjumpa orang yang mampu melakukannya.

 

Menurut Pak Su, membuang susuk dari badan bukan sesuatu yang mudah tanpa kepandaian tentangnya. Disebabkan itu, maka terjadilah kisah-kisah ‘mayat hidup’, di mana tubuh kelihatan masih bernyawa sedangkan sudah lama si mati meninggal dunia. Ada juga yang sukar untuk menghembuskan nafas terakhir.

 

Dalam video di bawah, Pak Su kongsikan cerita tentangnya dan cara beliau membuang susuk.

 

Bagi mereka yang ingin mendapatkan rawatan buang susuk, Pak Su boleh dihubungi di talian 019-2497455 atau 016-3192415

 

Rawatan Membuang Saka

Menurut Pak Su, saka terbahagi kepada dua jenis iaitu saka yang diperolehi daripada keturunan atau saka yang dihantar oleh orang lain.

Saka juga boleh terdiri daripada makhluk-makhluk halus seperti hantu raya, pelesit, penanggal, pocong, anak krok dan lain-lain lagi.

Mengenai rawatan membuangnya pula, Pak Su memberitahu bahawa ia bukanlah mudah seperti anggapan pesakit. Rawatan sehingga pesakit pulih sepenuhnya boleh mengambil masa sehingga tiga bulan atau lebih bergantung kepada tahap masalahnya.

Rawatan membuang saka:
Membuat pagar untuk pesakit.
Membuat pendinding.
Pindah saka semasa bulan mengambang.
Mandi bunga bagi memulihkan semangat.

“Membuang saka bukanlah perkara yang mudah. Disebabkan itu, ramai bomoh atau pengamal perubatan tradisional lain tidak mampu melakukannya. Masalah yang selalu dihadapi adalah mereka tidak mampu menundukkan saka tersebut, ilmu tidak cukup tinggi dan tidak tahu cara memindahkan saka itu,” jelas beliau.

Sebarang pertanyaan atau membuat temujanji, sila hubungi Pak Su di talian:

019-2497455

atau

016-3192415

Saka Keturunan Perlu Dibela Atau Dibuang?

Sehingga hari ini, masih ada segelintir masyarakat di negara kita terus membela saka keturunan mereka.

 

Semuanya berpunca dari keturunan nenek moyang mereka.

 

Ada yang ingin membuangnya, tetapi tidak tahu di mana.

 

Ada pula yang ingin terus membelanya kerana mendatangkan manfaat kepada mereka.

 

Apa pendapat Pak Su tentang perkara ini?

 

Tonton video di bawah untuk mengetahui lebih lanjut:

Nota: Volume suara agak perlahan. Sila kuatkan volume atau dengarkan di tempat yang agak sunyi.

 

 

Artikel berkaitan:

Rawatan Membuang Saka

Batara Karang

IMG_2858
Batara Karang – close up

 

Jika di Thailand terkenal dengan Anak Krok @ Anak Krak sebagai senjata halus atau makhluk suruhan bagi pelbagai tujuan termasuklah mencelakakan orang lain, di Indonesia ada Batara Karang, cuma namanya dan cara mendapatkannya yang berbeza.

Di Indonesia, Batara Karang @ Bataro Karang sangat terkenal sebagai ‘orang suruhan’ bagi melakukan pelbagai tujuan sama ada baik atau jahat. Ianya juga sering digunakan bagi melawan ilmu-ilmu orang lain yang telah dikenakan atas seseorang. Malah tidak kurang juga yang menggunakannya untuk tujuan men’santet’.

IMG_2861
Batara Karang ditempatkan di dalam bekas khas.

 

Pak Su juga memiliki Batara Karang yang diperolehi dari Indonesia. Cara mendapatkannya biarlah rahsia kerana dibimbangi ada pihak yang cuba mendapatkannya untuk tujuan yang tidak baik.

Batara Karang ini masih lagi ‘hidup’ dan tidak boleh dibuat main.

Untuk pengetahuan, Batara Karang sebenarnya berasal dari roh orang zaman dahulu kala yang mempunyai pelbagai jenis ilmu. Bila mereka mati, rohnya tidak diterima bumi dan berkeliaran. Roh inilah yang dipuja dan dijadikan sebagai Batara Karang.

IMG_2857
Masih ‘hidup’ dan berbahaya jika jatuh ke tangan yang salah.

 

Kayu Pasung Hantu

DSC_4712
Kayu Pasung Hantu

 

Mungkin ramai yang tidak pernah mendengar atau mengetahui tentang Kayu Pasung Hantu. Ianya merupakan suatu kaedah yang banyak digunakan oleh Orang Asli sebagai tangkal untuk menghalau hantu.

Kayu Pasung Hantu mungkin kelihatan biasa, tetapi hanya mereka yang memiliki pengetahuan tentangnya boleh mencari kayu ini. Adakalanya ditentukan oleh nasib.

Bagi sebilangan masyarakat Orang Asli, mereka akan menggantung kayu ini bagi mengelakkan hantu memasuki rumah.

Sebagai orang Islam, kita mengamalkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Tetapi masih ada yang mengamalkannya sebagai petua.

Bagi pengamal perubatan tradisional, Kayu Pasung Hantu memiliki pelbagai kelebihan. Salah satu daripadanya adalah merawat mereka yang terkena gangguan makhluk halus. Kita boleh menyeru makhluk halus keluar dari tubuh mangsa.

Selain itu, ia juga memiliki pelbagai kelebihan lain.

 

DSC_4709
“Kayu ini hanya boleh ditemui oleh mereka yang arif,” Pak Su.
DSC_4705
“Kayu ini ada banyak kegunaan untuk kes melibatkan makhluk halus,” Pak Su.