Batara Karang

IMG_2858
Batara Karang – close up

 

Jika di Thailand terkenal dengan Anak Krok @ Anak Krak sebagai senjata halus atau makhluk suruhan bagi pelbagai tujuan termasuklah mencelakakan orang lain, di Indonesia ada Batara Karang, cuma namanya dan cara mendapatkannya yang berbeza.

Di Indonesia, Batara Karang @ Bataro Karang sangat terkenal sebagai ‘orang suruhan’ bagi melakukan pelbagai tujuan sama ada baik atau jahat. Ianya juga sering digunakan bagi melawan ilmu-ilmu orang lain yang telah dikenakan atas seseorang. Malah tidak kurang juga yang menggunakannya untuk tujuan men’santet’.

IMG_2861
Batara Karang ditempatkan di dalam bekas khas.

 

Pak Su juga memiliki Batara Karang yang diperolehi dari Indonesia. Cara mendapatkannya biarlah rahsia kerana dibimbangi ada pihak yang cuba mendapatkannya untuk tujuan yang tidak baik.

Batara Karang ini masih lagi ‘hidup’ dan tidak boleh dibuat main.

Untuk pengetahuan, Batara Karang sebenarnya berasal dari roh orang zaman dahulu kala yang mempunyai pelbagai jenis ilmu. Bila mereka mati, rohnya tidak diterima bumi dan berkeliaran. Roh inilah yang dipuja dan dijadikan sebagai Batara Karang.

IMG_2857
Masih ‘hidup’ dan berbahaya jika jatuh ke tangan yang salah.