Selain berkebolehan dalam rawatan tradisional, Pak Su juga sebenarnya turut memiliki pelbagai koleksi barangan antik.

Menurut Pak Su, antara barangan antik yang paling disayanginya adalah keris Bethok yang bukan sahaja mempunyai sejarahnya yang tersendiri, malah turut memiliki nilai misteri serta perubatan.

“Dalam catatan sejarah, keris Bethok turut dikenali sebagai keris Buda merupakan keris terawal yang dicipta. Ini dibuktikan dengan penemuan pada dinding candi-candi yang dibina pada zaman Majapahit terukir dengan bentuk tubuh manusia yang memegang senjata berbentuk keris lurus dan lebar.

 

keris bethok pak su full

“Keris Bethok mampu mengurangkan atau menjinakkan aura ganas keris-keris lain,” PAK SU.

“Disebabkan itu, ramai pengkaji keris berpendapat penciptaan keris telah bermula seawal abad ke-13 hingga 15 Masihi iaitu pada Zaman Majapahit,” jelas Pak Su.

Jelas Pak Su lagi, sejak itu keris telah mengalami banyak perubahan pada rupanya sama ada bersifat lurus atau bengkok seiring dengan peredaran masa.  

Mengenai keris Bethok yang dimilikinya, Pak Su memberitahu bahawa ia merupakan hadiah dari gurunya semasa beliau menuntut ilmu di Indonesia. 

keris bethok pak su 1

Keris Bethok ini dipercayai berusia antara 500 hingga 700 tahun.

“Walaupun rupanya tidak menarik seperti rupa keris generasi lebih muda, keris Bethok memiliki kehebatan yang tidak ada pada keris-keris lain.

“Sesetengah keris memiliki aura yang keras bergantung pada kaedah pembuatan atau penjagaan pemiliknya sehingga menjadi tidak terkawal. 

“Di sinilah terletaknya keistimewaan keris Bethok apabila ia mampu mengurangkan aura ganas pada keris-keris lain,” katanya.

Pak Su mengakui sukar untuk beliau melihat keris Bethok asli pada masa sekarang. Jika ada yang hendak dijual sekalipun, kebanyakannya merupakan keris yang dibuat semula menyerupai keris Bethok.

Setakat ini, Pak Su tidak mempunyai hasrat untuk menjual keris kesayangannya ini dan ia akan kekal sebagai salah satu dari koleksi kerisnya.

keris bethok paksu closeup 1
keris bethok pak su closeup 2

“Jika ada sesiapa yang mempunyai keris terutamanya keris warisan turun temurun yang sukar untuk dijinakkan, Pak Su sedia membantu,” katanya lagi.

Sehingga hari ini, Pak Su masih lagi menyediakan khidmat rawatan tradisional untuk mereka yang memerlukan. Antaranya khidmat rawatan membuang saka, gangguan makhluk halus, saka dan sebagainya. Beliau turut menyediakan minyak pengasih, pelaris diri dan perniagaan serta banyak lagi.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan khidmat beliau, sila hubungi talian di bawah.

Pak Su turut menambah, beliau lebih selesa dihubungi melalui panggilan telefon berbanding SMS atau Whatsapp. Bagi beliau, panggilan telefon lebih mudah kerana ada interaksi dua hala yang lebih berkesan dan mudah difahami berbanding SMS dan Whatsapp.

Beliau boleh dihubungi di talian:

019-2497455 dan 0163192415.

MAKLUMAN!

Sekiranya anda benar-benar serius memerlukan khidmat Pak Su, sila terus menghubungi talian telefon bimbit.

Sebarang pertanyaan yang dibuat melalui SMS atau Whatsapp akan dianggap kurang serius dan mengambil masa agak lewat untuk dijawab:

Hubungi Pak Su di talian:

019-2497455 

atau

016-3192415