Sejak dari awal memberikan khidmat sebagai pengamal rawatan tradisional, Pak Su hanya akan merawat pesakit atau menerima pelanggan secara bersemuka sahaja. Sehingga hari ini, beliau masih kekal dengan kaedah ini dan tiada rawatan jarak jauh yang diberikan.

 

Menurut Pak Su, beliau mahu berhadapan sendiri dengan pesakit dan seterusnya mengesan punca masalah bagi memberikan rawatan yang lebih tepat dan berkesan. Selain itu, beliau juga mahu mengelakkan namanya digunakan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab.

 

Namun begitu, katanya, masih ada pihak yang cuba menyamar sebagai dirinya dan cuba memperdaya orang ramai. Malah beliau turut mengesan ada pihak dari negara seberang menggunakan identiti dirinya bagi memperdaya masyarakat di negara itu.

 

Beliau turut melahirkan rasa bimbang dengan kebanjiran bomoh-bomoh di media ‘online’ pada masa sekarang. Bukan sahaja dari negara ini, malah dari negara seberang.

 

Sebelum ini, beliau hanya mengesyaki ada di antara mereka mungkin sekadar bomoh palsu yang cuba mengaut keuntungan dengan menipu pelanggan. Tetapi setelah beberapa di antara pesakit / pelanggan mengaku telah ditipu, beliau yakin ada pihak yang menggunakan media ‘online’ semata-mata untuk mengaut keuntungan mudah dengan menipu.

 

“Mereka yang menipu biasanya hanya akan memberikan perkhidmatan secara jarak jauh sahaja dan tidak akan bersemuka dengan pelanggan. Pelanggan hanya menyedari ditipu setelah memasuki wang ke dalam akaun yang diberikan tetapi tiada sebarang perubahan terhadap masalah yang hendak diselesaikan.

 

“Bukan itu sahaja, malah ada juga yang diugut kononnya mereka akan disihir setelah memberikan gambar melalui Whatspp. Disebabkan takut, mereka membayar sahaja jumlah yang diminta oleh bomoh penipu itu,” katanya.

 

Secara logiknya, Pak Su memberitahu, jika ada pihak di negara seberang boleh menggunakan gambarnya untuk menipu orang di negara mereka, besar kemungkinan ada juga yang menggunakan nama dan gambar bomoh dari seberang untuk menipu dan memperdaya masyarakat di negara ini.

 

“Bagi Pak Su, mudah sahaja. Kalau betul-betul mahu mendapatkan rawatan dan mengelakkan ditipu, seeloknya jumpa secara bersemuka. Jangan terlalu mudah percaya dan menjadi mangsa penipuan hanya disebabkan inginkan jalan penyelesaian yang mudah,” kata Pak Su lagi.

 

 

 

MAKLUMAN!

Sekiranya anda benar-benar serius memerlukan khidmat Pak Su, sila terus menghubungi talian telefon bimbit.

Sebarang pertanyaan yang dibuat melalui SMS atau Whatsapp akan dianggap kurang serius dan mengambil masa agak lewat untuk dijawab:

Hubungi Pak Su di talian:

019-2497455 

atau

016-3192415