Meskipun sudah puluhan tahun berkecimpung dalam bidang rawatan tradisional, Pak Su adakalanya masih perlu berhadapan dengan kesukaran. Katanya, antara yang paling sukar untuk dirawat adalah mengenai saka warisan yang mengganggu keturunan pemilik asalnya.

“Ya, sebut memang senang – ‘Nak buang saka’. Tapi rawatan membuang saka memiliki cabaran masing-masing.”

“Kalau sekadar buatkan saka tidak mengganggu sementara memang cukup mudah. Tetapi untuk membuatnya hilang terus, itu yang mencabar kebolehan seseorang pengamal perubatan tradisi.”

Pak Su turut menambah, ramai di dalam kalangan pengamal perubatan tradisional tidak sanggup mengambil kes-kes membuang saka disebabkan kerumitannya. Namun ada juga yang sekadar melakukan rawatan ringkas bagi meredakan gangguan buat sementara waktu.

buang saka pak su 1
“Rawatan membuang saka antara tugasan yang berat untuk seorang pengamal perubatan tradisional,” -PAK SU.

“Pernah sekali saya merawat pesakit dengan saka yang cukup degil. Memang betul-betul susah nak selesaikan kes pesakit ni…” Pak Su bercerita sambil beberapa kali memejamkan mata dan mengerut kening -cuba mengingat kembali pengalaman itu.

Beberapa kali dia menggelengkan kepala sebelum menyambung semula ceritanya.

“Dia dapat saka tu dari peninggalan arwah datuknya. Bukannya dia yang minta, tapi saka itu sendiri yang memilihnya. Dia pun tidak tahu atas kriteria apa yang membuatnya dipilih sebagai pewaris saka.”

Menurut Pak Su, wanita yang menjadi pewaris saka tersebut mula menyedari tentang kewujudan saka itu selepas beberapa insiden yang misteri terjadi ke atas dirinya.

“Dia seringkali mengalami kerasukan. Walaupun sudah beberapa kali berjumpa dengan bomoh, dukun atau ustaz, insiden rasuk itu sering berulang. Seolah tiada kesudahan.”

Pak Su turut menambah, gangguan misteri bukan sahaja dialami oleh wanita terbabit, tetapi mereka yang rapat dengannya. Bermacam-macam jenis gangguan dialami sehingga membuatkan keluarga wanita itu hidup dalam ketakutan.

“Saka tu bukan saja mahu ‘pewaris’ tentang kewujudannya, tapi keluarga dan orang sekeliling.”

“Kadang-kadang, ahli keluarga yang lain boleh nampak imbas lembaga hitam di dalam rumah. “

“Mereka juga kerap dikejutkan dengan bunyi hentakan kuat dari atas bumbung.”

Tambah Pak Su lagi, gangguan yang berterusan selama beberapa tahun telah membuatkan wanita tersebut menderita.

“Masa anaknya bawa datang jumpa saya, dia kurus kering dan tidak lagi boleh berjalan. Memang sedih kalau tengok keadaannya masa tu.”

“Kata anaknya, mereka sudah pergi merata tempat untuk mendapatkan rawatan. Tetapi gangguan akan datang semula tak lama lepas tu. Semua bomoh yang mereka jumpa akhirnya tak sanggup.

“Siapa yang boleh tahan kalau kena rasuk berkali-kali dalam sebulan. Bukan saja pesakit, tapi mereka yang menjaga pesakit turut terkesan.”

“Masa saya buat pemeriksaan, barulah saya tahu kenapa ramai yang tak sanggup nak rawat. Saka yang diwarisi oleh wanita tu bukan satu tapi banyak. Semuanya jenis yang degil-degil.”

Menurut Pak Su, beliau memiliki kaedah dan rawatan khas bagi memindahkan dan membuang terus saka yang mengganggu. Dalam kes-kes tertentu, ada yang memakan masa selama berbulan-bulan untuk menyelesaikan sepenuhnya kes saka.

buang saka pak su 2
“Bertih jagung dan bertih beras antara yang digunakan untuk membuang jenis saka tertentu. Lain saka, lain caranya.” -PAK SU

“Lain jenis saka, lain pula syarat untuk memindahkan atau membuangnya. Semua bergantung kepada cara saka tersebut diperolehi.”

“Macam kes wanita ini, saya terpaksa membuang satu jenis pada satu masa. Sebabnya, saka yang ada bukan satu tapi banyak macam pelesit, hantu raya dan lain-lain. Jadi, memang memakan masa.”

Selepas beberapa bulan menjalankan rawatan, Pak Su memberitahu wanita itu akhirnya bebas dari masalah saka. Badannya juga menjadi lebih segar dan bersemangat berbanding dahulu.

“Bagi saya secara peribadi, jika kita ingin menyelesaikan masalah, janganlah cepat mengalah. Teruskan bersabar sehingga selesai.”

buang saka bertih jagung beras
Bertih jagung dan bertih beras yang digunakan.

Ujar Pak Su lagi, sehingga kini, masih ramai pesakit yang sedang dalam proses rawatan.

“Tidak kira sesukar masa pun masalah, kalau kita terus berusaha, insyaAllah akan dapat juga jalan penyelesaiannya.”

Selain masalah saka, Pak Su juga turut dikenali dengan kebolehannya dalam menyelesaikan masalah berkaitan rumah tangga. Antaranya melibatkan pasangan curang, bermasalah judi, kaki perempuan/lelaki, dan bermacam-macam lagi.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan rawatan atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi beliau di talian di bawah. Pak Su memberitahu beliau lebih suka dihubungi melalui panggilan telefon berbanding kaedah lain seperti SMS atau Whatsapp.

“Jika dapat bercakap sendiri dengan pelanggan, barulah kita dapat tahu masalah sebenar mereka. Kalau melalui SMS atau Whatsapp, memang agak susah.”

019-2497455 dan 0163192415.

MAKLUMAN!

Sekiranya anda benar-benar serius memerlukan khidmat Pak Su, sila terus menghubungi talian telefon bimbit.

Sebarang pertanyaan yang dibuat melalui SMS atau Whatsapp akan dianggap kurang serius dan mengambil masa agak lewat untuk dijawab:

Hubungi Pak Su di talian:

019-2497455 

atau

016-3192415