Minyak Dagu – Keratan Akhbar

Kali ini dikongsikan kisah pengalaman Pak Su merawat pesakit terkena penangan dirasuk khadam minyak dagu. Kisah ini pernah diceritakan dalam akhbar Kisah Benar suatu ketika dahulu.

 

keratan akhbar frt minyak dagu
Akhbar Kisah Benar – Pak Su di muka hadapan akhbar.

 

keratan akhbat minyak dagu
Keratan akhbar pengalaman Pak Su merawat pesakit terkena minyak dagu

 

Berikut merupakan cerita sepertimana yang ditulis di dalam akhbar:

 

DIRASUK KHADAM MINYAK DAGU
Gadis hampir gila, badan kurus kering

Kecantikan yang dimiliki oleh seorang gadis merupakan suatu kelebihan. Namun adakalanya kelebihan tersebut mampu mengundang malang yang tidak diduga. Salah seorang gadis yang menjadi mangsa kerana kecantikannya adalah Milah (nama sebenar dirahsiakan), 29 tahun.

Sejak dari sekolah menengah hinggalah ke universiti, Milah sentiasa menjadi kegilaan ramai. Malah tidak kurang juga yang menzahirkan perasaan cinta tersebut kepada dirinya. Namun semuanya ditolak secara baik oleh Milah. Dia tidak kisah berkawan tetapi hatinya belum terbuka untuk bercinta, apatah lagi dia ingin mengejar cita-citanya dan tidak mahu menghampakan harapan ibu bapanya.

Bagaimanapun, tidak semua orang boleh menerima penolakan tersebut meskipun ia sudah dibuat selembut yang termampu oleh Milah. Dia sering menerima surat layang dari seseorang yang tidak dikenali memaki hamun dirinya dan melontarkan pelbagai ugutan.

Tidak cukup dengan itu, dia turut diserang secara halus. Adakalanya dia diganggu oleh kelibat makhluk mengerikan, malah dia juga pernah dirasuk ketika sedang mengikuti kuliah.

Selain merasa terganggu, Milah juga malu dengan kejadian yang sering menimpanya.

Bagi setiap masalah seumpama itu yang dialaminya, keluarganya sering membawa Milah menemui seorang bomoh di kampungnya. Masalah yang dialami biasanya akan selesai selepas dia diubati. Begitulah rutin yang terpaksa dijalaninya setiap kali menjadi mangsa sihir atau ilmu hitam.

Setelah beberapa kali mengalami gangguan sihir serta ilmu hitam, dan ia berjaya diubati, akhirnya Milah tidak lagi diserang. Mungkin si pelaku merasakan usaha yang dibuat bagi mengenakan Milah tidak membuahkan hasil seperti diharapkan.

Namun begitu kelegaan tersebut tidak berlangsung lama. Setelah lebih setahun menjalani kehidupan normal, Milah sekali lagi mengalami gangguan misteri. Tetapi kali ini ia ternyata lebih hebat berbanding dahulu. Dia akan mengalami kerasukan setiap kali senja menjelma.

Seperti biasa, Milah pergi menemui bomoh yang biasa ditemuinya dahulu. Dia menyangka semuanya bakal selesai selepas itu. Tetapi sangkaan meleset apabila gangguan tersebut tidak juga reda. Bomoh tersebut tidak mampu walaupun untuk menghilangkan masalah kerasukan yang dialami Milah.

Oleh kerana masih tidak berjaya meskipun sudah beberapa kali menjalani rawatan dengan bomoh itu, ahli keluarga Milah memutuskan untuk cuba berubat di tempat lain. Sepertimana bomoh tersebut, keputusan mengecewakan yang sama turut dialami di tempat-tempat lain.

Sementara itu, Milah terpaksa berhenti dari meneruskan pengajiannya di universiti kerana keadaan tubuhnya yang tidak mengizinkan. Semakin lama, badannya menjadi semakin kurus disebabkan gangguan yang tidak henti-henti dialaminya.

Dalam usaha merawat gangguan itu, akhirnya Milah menemui seorang pengamal perubatan tradisional, Pak Su. Di sinilah dia akhirnya mengetahui punca sebenar kepada masalah gangguan yang dialaminya.

“Berdasarkan keadaan fizikal dan tanda-tanda yang boleh dilihat pada luaran gadis itu, saya mengesyaki dia telah terkena penangan minyak dagu. Setelah pemeriksaan dibuat, saya dapati dia sememangnya telah terkena dengan minyak dagu yang sangat hebat. Jadi tidak hairanlah jika usahanya berubat di beberapa tempat menemui kegagalan.

“Bagi merawat mereka yang terkena minyak dagu, seseorang itu perlu menguasai ilmu pembuatan dan perawatan. Dengan ini barulah mereka mengetahui selok belok bagaimana minyak dagu boleh memberi kesan kepada orang lain. Jika tidak, kesan rawatan hanya bertahan sekejap dan ia akan datang mengganggu semula,” jelas Pak Su.

Menurut Pak Su, makhluk ghaib yang merasuk Milah sebenarnya merupakan khadam kepada minyak dagu yang dikenakan ke atasnya. Khadam tersebut telah diarahkan bukan untuk menawan hati Milah, sebaliknya membuatkan gadis terbabit menderita.

“Minyak dagu yang diambil dari dagu mayat terpilih dengan mengikut beberapa syarat tertentu merupakan minyak pengasih legenda. Ia boleh digunakan untuk memikat seseorang dan boleh juga digunakan untuk mendatangkan penderitaan. Tetapi jika tidak mengikuti syarat-syarat tertentu, si pengguna pula yang akan terkena bahananya,” ujar beliau.

Melalui tiga siri rawatan, akhirnya Milah berjaya dipulihkan. Bukan itu sahaja, dia juga telah dilengkapkan dengan pendinding bagi mengelakkan sebarang serangan secara halus dari mengganggunya.

Selain minyak dagu, Pak Su menerangkan banyak lagi minyak pengasih lain yang boleh digunakan untuk tujuan memikat dan seumpamanya. Antara yang mempunyai kesan hebat dan dimiliki beliau adalah Minyak Kelapa Hijau, Minyak Kelapa Sulung, Minyak Gajah Turun Minyak, Minyak Cenuai (Minyak Cenuai Emas, Minyak Cenuai Perak, Minyak Cenuai Rambut), Minyak Punggal dan lain-lain lagi.

Selain merawat masalah berkaitan minyak dagu, Pak Su turut menyediakan perkhidmatan lain seperti membuang saka, mandi bunga, menaikkan seri wajah, masalah rumah tangga, sihir, ilmu hitam, santau, dan lain-lain lagi.

 

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan rawatan atau sebarang pertanyaan, sila hubungi beliau di talian: 019-2497455 dan 0163192415.