PENYAMAR PAK SU @ PAK SU PALSU @ PAK SU PENIPU
l
l
Sejak beberapa bulan lepas, Pak Su telah menerima banyak aduan dari orang ramai dan juga pelanggan yang menyatakan tentang kewujudan page Facebook palsu oleh individu yang tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai Pak Su atau boleh dikatakan sebagai Paksu Palsu @ Pak Su Penipu.
Ramai pelanggan yang menjadi mangsa penipuan individu ini yang telah mengambil wang tetapi tidak menghantar barangan yang dipesan. Saya hanya menyedari selepas mereka menghubungi saya setelah mendapatkan nombor telefon saya di laman web ini, sedangkan mereka membelinya melalui Facebook Pak Su Palsu yang direka itu.
Sehubungan itu, Pak Su telah membuat satu laporan polis tentang perkara ini agar individu yang tidak bertanggungjawab itu @ Pak Su Palsu aka Pak Su Penipu ini dapat ditangkap.
Berikut merupakan laporan polis yang dibuat:
Page Facebook yang direka oleh Pak Su Palsu
Berikut pula merupakan page Facebook yang telah direka oleh Pak Su Palsu @ Pak Su Penipu itu:
Sebenarnya yang paling menyedihkan, penyamar ini telah menggunakan nama Pak Su untuk mengaut keuntungan mudah. Barang yang dipesan sama ada tidak dihantar atau tidak berkesan, manakala duit pula lesap entah ke mana.
Melalui maklumat yang diberikan oleh pelanggan, penyamar ini telah menggunakan nombor telefon 0108316462 dan meminta orang ramai memasukkan wang ke akaun bank Maybank atas nama Aida Fitri Napi yang dikatakan sebagai anak Pak Su.
Berikut merupakan contoh perbualan dengan penyamar tersebut:
Selain itu, bagi mengelakkan kekeliruan, Pak Su akan mewujudkan Page Facebook sendiri pada masa terdekat. Kami juga akan memaklumkan tentang page Facebook tersebut di laman web ini.
Disebabkan perkara ini, kami meminta orang ramai yang ingin mendapatkan rawatan daripada Pak Su agar hanya berurusan di nombor di bawah sahaja: