Sepanjang usianya, Pak Su telah mendalami ilmu kebatinan. Beliau telah merantau bukan sahaja ke seluruh Malaysia, tetapi juga ke beberapa negara lain di seluruh dunia.

Salah satu negara yang paling banyak dikunjungi ialah Indonesia. Beliau telah mempelajari pelbagai ilmu agama dan kebatinan dari ramai guru di sana.

Selain itu, Pak Su juga sering bertapa bagi memantapkan lagi ilmunya atau sekiranya pertapaan diperlukan bagi melengkapkan ilmunya itu.

Salah satu tempat pertapaan yang pernah dikunjunginya ialah Bilik Nyai Roro Kidul. Bagi mereka yang mengetahui, bukan semua orang dibenarkan masuk ke bilik itu kerana ada penjaganya yang dipanggil juru kunci.

Ikuti pengalaman beliau seperti yang pernah dipaparkan oleh sebuah akhbar tempatan.

Berikut merupakan salinan semula artikel tersebut bagi memudahkan pembacaan.

 

Nyai Roro Kidul
PAK SU BERTAPA DI DALAM BILIK NYAI RORO KIDUL
Berjaya dapatkan ilmu pengasih yang digilai ramai paranormal

Cheras, Kuala Lumpur: “Salah… Semuanya salah. Kisah yang diceritakan tentang Nyai Roro Kidul itu semuanya salah. Cerita itu diambil dari sumber yang tidak benar,” kata seorang pengamal perubatan tradisional, Pak Su, mengenai artikel yang pernah dipaparkan sebuah majalah tempatan. Beliau juga mendakwa dirinya pernah berinteraksi secara ghaib dengan Nyai Roro Kidul atau dikenali sebagai Ratu Laut Selatan yang cukup digeruni oleh masyarakat di Indonesia. Nyai Roro Kidul dikatakan pemerintah kepada kerajaan ghain di Luat Jawa dan cukup berkuasa.

“Kanjeng Ratu (panggilan hormat untuknya) bukan terkena penyakit kulit seperti yang didakwa, tetapi dicampak ke tengah laut setelah ditahan oleh pihak musuh yang menawan negeri pemerintahan bapanya ketika dilarikan melalui jalan laut. Kanjeng Ratu diselamatkan oleh penjaga laut dan setelah itu, barulah dia menjadi pemerintah di Laut Jawa.

“Kanjeng Ratu mempunyai adik beradik lain iaitu Nyai Blorong dan ia digelar sebagai Nyai Roro Kidul kerana ‘roro’ atau ‘loro’ sendiri membawa maksud ‘dua’ dalam bahasa Jawa. Perbezaan di antara mereka adalah ilmu yang diamalkan kerana Kanjeng Ratu mengamalkan ilmu baik, sementara Nyai Blorong lebih kepada ilmu yang keras atau ilmu hitam. Kedua-duanya cukup popular di kalangan masyarakat Indonesia.

“Bukan itu sahaja, malah Kanjeng Ratu juga berkahwin dengan mereka yang dirasakan layak menjadi suaminya. Antara mereka yang pernah berkahwin dengan Kanjeng Ratu adalah Raja Amngku Bono 1, bekas Presiden Indonesia, Sukarno dan beberapa orang biasa. Mereka yang dipilih perlulah mempunyai kesaktian tersendiri,” ujarnya.

Pak Su turut mengakui dirinya sudah beberapa kali berkunjung ke tempat yang sering dikaitkan dengan kemunculan Nyai Roro Kidul iaitu di Pelabuhan Ratu dan Bilik 308 di Samudera Beach Hotel, Indonesia. Malah pertapaannya di sana turut menemukan beliau dengan Nyai Roro Kidul secara ghaib.

“Terdapat satu kawasan di Pelabuhan Ratu yang dinamakan sebagai Bukit Karangaur kerana tempatnya terbentuk daripada batu karang. Di situ juga terdapat satu kerusi tinggi dan gua kecil terbentuk daripada batu karang dan menjadi tempat pertapaan mereka yang mahukan ilmu Kanjeng Ratu termasuklah Sukarno.

“Bukit Karangaur merupakan medan paling kuat untuk melakukan pertapaan dan menjadi tempat datangnya Kanjeng Ratu. Saya pernah bertapa di atas kerusi dan di dalam gua tersebut serta berjaya menemui Kanjeng Ratu secara ghaib.

“Saya juga pernah melakukan ritual pada malam Jumaat Kliwon (Khamis malam Jumaat yang jatuh pada 13 haribulan bulan Islam dan bulan mengambang ketika itu) di dalam bilik 308 tersebut yang merupakan bilik persinggahan Kanjeng Ratu. Nasib saya baik kerana selepas melakukan ritual selama tiga malam berturut-turut, saya telah mendapat ‘kujang’pemberian Kanjeng Ratu yang berbentu ‘macan’ (harimau).

“Selain itu, kedatangan Kanjeng Ratu juga dalam pelbagai bentuk dengan tiga warna yang berlainan sama ada hijau, kuning atau putih. Setiap warna membawa maksud yang berlainan. Ketika Kanjeng Ratu datang sewaktu saya menjalankan rituan, ia datang dengan warna kuning yang membawa maksud kesudian memberikan ilmu dunianya. Saya telah mendapat ilmu pengasih Kanjeng Ratu yang tiada tolok banding dan digilai oleh masyarakat Indonesia dan ahli perniagaan di sana,” ceritanya panjang menjelaskan kembali kenyataan sebenar mengenai Nyai Roro Kidul yang sebelum ini pernah dipaparkan oleh penulis.

Menurut Pak Su lagi, bukan semua orang dibenarkan masuk ke dalam bilik 308 itu kerana mereka perlu meminta kebenaran daripada ‘juru kunci’ (penjaga) yang juga mempunyai pertalian darah dengan Nyai Roro Kidul. Malah, katanya, pengunjung juga tidak boleh membuat ‘semberono’ (tidak tentu hala) ketika berada di bilik berkenaan.

“Menurut cerita ‘juru kunci’ itu, pernah suatu ketika dahulu seorang paranormal mengambil rambut Kanjeng Ratu tanpa izin ketika dia melakukan pertapaan. Dia dikatakan meninggal dunia keesokan harinya dalam keadaan mengerikan akibat dilanggat lori. Perkara itu telah menjadi iktibar kepada semua paranormal yang lain di sana,” ujarnya lagi.

Pak Su juga menunjukkan kepada penulis gambar-gambar yang diambil ketika kunjungannya ke bilik 308 itu beberapa tahun lepas. Merujuk kepada gambar-gambar tersebut, hampir keseluruhan perkakas termasuk dinding dan katilnya berwarna hijau. Malah terdapat kerusi yang dikatakan Kerusi Sukarno, mahkota, baju persalinan, gambar lukisan Nyai Roro Kidul dan kelengkapan alat-alat solek.

“Kesemua alat solek tersebut belum digunakan termasuklah gincu, mekap dan lain-lain lagi. Salah satu cara untuk mengetahui kunjungan Kanjeng Ratu adalah dengan merujuk kepada Alat-alat solek tersebut. Jika sudah digunakan, maka tahulah mereka bahawa Kanjeng Ratu telah datang pada malam itu dan mereka menggantikannya dengan yang baru keesokan hari,” jelas Pak Su lagi.

Selain mendapat ilmu pengasih dan kujang, Pak Su mengatakan beliau juga ada membawa segenggam tanah dari Bukit Karangaur yang diambil selepas melakukan pertapaan dan mendapat keizinan Nyai Roro Kidul. Jelasnya, beliau boleh ‘memanggil’ Nyai Roro Kidul dari rumahnya di sini dengan adanya tanah tersebut.

Berdasarkan ilmu pengasih yang diperolehinya, Pak Su kini turut menyediakan perkhidmatan ‘Mandi Kanjeng Ratu’ iaitu mandi bunga dengan menyerapkan ilmu pengasihan Nyai Roro Kidul bagi menunaikan hajat dan sesuai untuk sesiapa sahaja termasuklah ahli perniagaan yang inginkan kejayaan. Katanya, mereka yang bermasalah perlu mencubanya kerana ‘Mandi Kanjeng Ratu’ ini cukup popular di kalangan masyarakat Indonesia termasuklah golongan atasan.

Antara khidmat lain yang disediakannya adalah menyelaikan masalah berkaitan saka, ilmu hitam, rumah tangga, lemah syahwat, sukar mencari jodoh, perniagaan kurang menguntungkan, kurang siuman akibat gangguan dan lain-lain masalah berkaitan dunia ghaib. Malah beliau juga turut menyediakan minyak pengasih, minyak pelaris, mandi keramat dan menaikkan seri wajah kepada mereka yang memerlukan.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan rawatan atau sebarang pertanyaan, sila hubungi beliau di talian: 019-2497455 dan 0163192415.

MAKLUMAN!

Sekiranya anda benar-benar serius memerlukan khidmat Pak Su, sila terus menghubungi talian telefon bimbit.

Sebarang pertanyaan yang dibuat melalui SMS atau Whatsapp akan dianggap kurang serius dan mengambil masa agak lewat untuk dijawab:

Hubungi Pak Su di talian:

019-2497455 

atau

016-3192415