Suatu ketika dahulu, ilmu kebatinan merupakan sesuatu yang biasa dalam kalangan masyakat Asia seperti Malaysia, Indonesia, Thailand dan lain-lain. Mungkin generasi hari ini ramai yang melupakannya, namun warisan ilmu kebatinan masih terpelihara.
Memiliki ilmu kebatinan merupakan suatu kelebihan kepada pemiliknya. Salah satunya ilmu yang sangat jarang dilihat pada hari ini adalah ILMU PICIT BESI. Dengan adanya ilmu ini, seseorang itu boleh menempa pedang atau keris hanya dengan memicit besi dan membentuknya menggunakan jari. Besi merupakan keras pada zahirnya, namun bagi mereka ia tidak ubah seperti memicit tanah liat.
Sejarah meriwayatkan bahawa Nabi Daud a.s telah diberi mukjizat oleh Allah SWT berupa kemahiran pertukangan besi, membuat baju besi dan juga senjata .Besi juga dikatakan boleh menjadi cair di tangan baginda!
Pak Su memiliki sebilah keris yang ditempa dengan kaedah picit ini. Keris berusia lebih kurang 500 tahun ini berasal dari zaman kerajaan Majapahit. Keris ini memiliki kehebatannya yang tersendiri kerana telah ditapakan, diritual dan dijaga dengan baik bagi memastikan kehebatannya terus terpelihara.
Biasanya Pak Su menggunakan keris ini untuk menangkap hantu raya dan saka serta beberapa lagi kegunaan lain.