Sebagai pengamal ilmu kebatinan, adakalanya perkara yang seram bagi kebanyakan orang lain langsung tidak memberi apa-apa kesan kepada mereka. Tetapi lain pula halnya kalau berkunjung ke Hutan Alas Purwo. Pasti ada perasaan ngeri yang bakal melanda sanubari.

SERAM… Hutan Alas Purwo menyimpan pelbagai kisah misteri.

Macam Pak Su sendiri, Pak Su sering berkunjung ke hutan ini untuk bertapa atau melakukan ritual bagi terus memantapkan ilmu atau ada tujuan-tujuan tertentu. Setiap kali datang, masih terasa seramnya.

Masuk ke Hutan Alas Purwo ini, kita pasti akan terasa perbezaannya dengan hutan-hutan yang lain. Pokok-pokoknya yang kelihatan lebih ‘putih’ dan terang pastinya akan membuatkan kita tertanya-tanya dan merasakan ianya ‘tidak normal’ seperti kebanyakan hutan yang lain. Pak Su sendiri sering terasa seperti ada di dunia yang lain setiap kali ada di hutan ini.

Perjalanan menuju ke Hutan Alas Purwo.

Pintu masuk ke Hutan Alas Purwo.

Antara tempat yang popular untuk bertapa.

Pak Su biasanya akan bertapa pada bulan Muharam, Bulan Suro (mengambang).

Bagi Pak Su, ilmu kebatinan yang ada perlu sentiasa dijaga dan diasah selalu bagi memastikan ianya sentiasa berada dalam keadaan terbaik. Lebih-lebih lagi apabila kita sudah ‘mengabdikan’ diri sebagai pengamal perubatan tradisional.

Hutan Alas Purwo ini terletak di Banyuwangi, Jawa Timur, Indonesia. Untuk mereka yang ingin ke sini, sebaiknya mantapkan dahulu ilmu kebatinan bagi mengelakkan ada perkara tidak diingini berlaku.

Kenapa Hutan Alas Purwo sering disebut sebagai hutan paling ‘angker’?

‘Angker’ merupakan bahasa Indonesia yang bermaksud ‘keras’, berhantu, sangat misteri dan seumpamanya.

Definisi ‘angker’ sangat sesuai untuk dikaitkan dengan Hutan Alas Purwo kerana beberapa perkara:

1. Tempat terkumpulnya banyak jin di Pulau Jawa

Hutan Alas Purwo diyakini sebagai salah satu tempat berkumpulnya banyak jin di pulau Jawa. Perkara ini selaras dengan maklumat penduduk sekitar dan mereka yang pernah menjejakkan kaki ke sini.

Ramai di antara orang-orang yang memiliki ilmu kebatinan tinggi mengakui hutan ini sangat berbahaya untuk dikunjungi kerana jika kehadiran mereka tidak disukai penunggu di sana, kemungkinan mereka akan disesatkan di dalam hutan sampai bila-bila dan tidak akan ditemui semula.

2. Banyak makhluk halus menjelmakan diri
Ramai yang pernah berkunjung ke Hutan Alas Purwo mendakwa melibat kemunculan penunggu hutan tersebut seperti kuntilanak (seakan pontianak), Genderuwo (lembaga besar berbulu) dan makhluk halus yang lain.

Sebagai tempat berkumpulnya makhluk halus, perkara ini bukanlah sesuatu yang asing. Tentu ramai yang akan melihatnya sama ada secara sengaja atau tidak ketika berada di hutan ini.

3. Ramai orang telah hilang di hutan ini

Mungkin ini merupakan salah satu akibat jika membuatkan penghuni ghaib di Hutan Alas Purwo tersinggung, di mana menurut cerita, dari dahulu hingga sekarang ramai orang hilang setelah memasuki hutan ‘angker’ ini dan tidak pernah kembali.

Jika anda bertanya penduduk Banyuwangi, pasti banyak cerita yang mereka ketahui tentang orang hilang dan tidak pernah kembali setelah memasuki Hutan Alas Purwo.

Ada beberapa teori yang menjelaskan perkara ini. Ada yang mendakwa mereka membuat penghuni ghaib hutan tersebut marah sehingga disesatkan oleh penghuni tersebut, dan ada juga yang mengatakan mereka diajak berkahwin dan tidak kembali ke dunia manusia.

4. Tempat pertapaan

Hutan Alas Purwo sering dijadikan lokasi untuk bertapa. Lebih-lebih lagi pada malam satu suro, banyak orang yang bertapa di sana, dari mereka yang hanya mencari petunjuk ghaib hinggalah kepada pencarian ilmu hitam.

Bahkan, terdapat satu lokasi di sini iaitu Gua Mangkling yang menjadi tempat pertapaan orang-orang terdahulu yang berilmu tinggi mencari dunia spiritual. Malah, ada juga yang bertapa untuk menemui penguasa laut selatan iaitu Nyi Roro Kidul.

Gua Mangkling… Di sinilah dikatakan tempat pertapaan orang-orang terdahulu yang berilmu tinggi mencari dunia spiritual.

5. Tempat meminta kekayaan

Selain sering dijadikan tempat bertapa, Hutan Alas Purwo juga sering dijadikan sebagai tempat untuk meminta berkat dan kekayaan atau ‘pesugihan’ kepada para penunggu hutan tersebut.

Gua Istana adalah tempat yang paling sering dikunjungi untuk bertapa meminta berkat dan kekayaan. Selain itu, di Alas Purwo juga ada sebuah makam sepanjang 7 meter yang disebut makam Mbah Dowo.

Makam Mbah Dowo tersebut bukan berisi jenazah manusia, melainkan sebuah pusaka berupa tombak milik Empu Barada. Makam ini juga sering dijadikan tempat bersemedi untuk tujuan meminta kekayaan.

“Berada di Hutan Alas Purwo seperti berada di dunia lain.” -Pak Su.

Suasana dan persekitaran hutan di sini berbeza dengan kebanyakan hutan lain.

MAKLUMAN!

Sekiranya anda benar-benar serius memerlukan khidmat Pak Su, sila terus menghubungi talian telefon bimbit.

Sebarang pertanyaan yang dibuat melalui SMS atau Whatsapp akan dianggap kurang serius dan mengambil masa agak lewat untuk dijawab:

Hubungi Pak Su di talian:

019-2497455 

atau

016-3192415