MINYAK SENYONYONG PAK SU

Cairkan hati dan tambat cinta si dia

minyak banyak 2
Antara minyak pengasih handalan Pak Su

Terikut-ikut dengan perangai buruk rakan baik, seorang lelaki akhirnya menjadi mangsa penangan minyak dagu oleh seorang gadis pelacur Thailand. Semuanya bermula selepas Zarif (nama sebenar dirahsiakan), mengikuti rakannya untuk berseronok di Siam, Thailand.
Meskipun menetap di sempadan, Zarif jarang sekali berkunjung ke Siam, apatah lagi melanggan pelacur. Namun selepas beberapa kali dihasut, dia akhirnya tewas dan cuba melanggan pelacur buat pertama kalinya.
Isterinya, Nora (bukan nama sebenar), memang mempercayai suaminya seratus peratus. Atas kepercayaan itulah dia tidak kisah jika suaminya ingin ke mana-mana sahaja. Tetapi ternyata dia silap.
Sebaik pulang dari Siam, suaminya berubah secara drastik. Dia tidak lagi mahu bersama dengannya dan kerap kali memasuki sempadan.
Dari sehari ke sehari, sikap suami menjadi semakin buruk. Akhirnya mimpi ngeri Nora terjadi juga, Zarif tidak lagi pulang pada kali kelima dia pergi ke Siam.
Nora mengetahui suaminya pergi ke sana kerana seorang pelacur. Tetapi dia tidak percaya suaminya sanggup meninggalkan keluarga semata-mata kerana seorang perempuan lain, lebih-lebih lagi seorang pelacur.
Dia akhirnya meminta bantuan seorang pengamal perubatan, Pak Su, bagi menyelesaikan masalahnya.
“Lelaki itu sebenarnya telah terkena penangan minyak dagu. Minyak dagu memang merupakan minyak pengasih yang sangat hebat dan mereka yang terkena sukar untuk diubati jika tidak kena dengan caranya. Hanya mereka yang arif sahaja tahu caranya,” terang Pak Su.
Setelah diberikan segala maklumat yang dikehendaki, Pak Su telah merawat suami wanita itu dan membuang segala kesan buruk minyak dagu melalui kaedah batin dari dalam air secara jarak jauh. Kemudian beliau memberikan minyak senyonyong kepada Nora untuk dicalitkan kepada suaminya itu.
“Mereka akhirnya dapat bersatu semula sebagai suami isteri. Sehingga hari ini, tidak lagi kedengaran sebarang masalah dalam hubungan mereka,” katanya.
Menurut Pak Su, minyak senyonyong yang dihasilkannya terdiri dari minyak kelapa hijau, minyak kelapa sulung, minyak gajah turun minyak dan banyak lagi. Ia sangat berkesan untuk mencairkan semula hati yang telah benci dan menambat cinta pasangan.
Selain minyak senyonyong, Pak Su turut menyediakan perkhidmatan lain seperti membuang saka, mandi bunga, menaikkan seri wajah, masalah rumah tangga, sihir, ilmu hitam, santau, dan lain-lain lagi.
Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan rawatan atau sebarang pertanyaan, sila hubungi beliau di talian: 019-2497455 dan 0163192415.